Aku cuba untuk tidak terlalu berharap..aku cuba untuk lupakan benda yang sedih-sedih dalam hidup aku, tapi kadang-kadang aku tewas..aku tewas dengan perasaan sendiri, aku tewas dengan rasa hati..aku juga tidak sempurna..aku juga kadang-kadang tidak menunjukkan yang aku mencinta seperti dahulu kerana aku tidak lagi merasa org sungguh-sungguh memberi..memberi rasa cinta,rindu..sedih itu aku cuba pendam sendiri..pendam dalam hati,simpan dalam lubuk hati yang paling dalam..kalau dulu kami ada sesi diskusi.rasanya macam da lama xde diskusi hati ke hati..
kehadiran kamu membuat aku terlupa bahawa aku pernah disakiti, dicurangi, dilukai oleh orang yang aku percayai..moga Allah panjangkan jodoh kita..aku berdoa jika Allah menjemputku terlebih dahulu,moga kamu dipertemukan dengan insan yang ikhlas menyayangi kamu lebih dari cinta & syg yang pernah aku berikan..
jangan bersedih wahai hati..mengadulah dengan Allah..berdoalah..moga hati ini baik-baik sahaja..moga hati ini terpelihara dari godaan manusia, syaitan @ yang sekutu dengannya..berbaliklah pada Dia..sesungguhnya Dia merupakan sebaik-baik perancang..sehebat mana pun kita merancang,jangan lupa bersandar pada perancang yg satu (Dia)..segala yang baik tu datang Darinya..yang buruk tu datang dari diri aku sendiri..
maaf,aku tidak sesempurna mana..terkadang aku juga terkhilaf dalam melakukan sesuatu..maafkan aku..ampunkan aku..aku berdosa kerana berasa begitu..moga kamu ampunkan aku & moga Allah juga ampunkan aku..hiduplah dengan tenang,aman,tanpa rasa ragu-ragu,tanpa rasa curiga kerana sume itu mainan syaitn untuk melihat keruntuhan rumahtangga makhluk-makhluk Allah kerana mereka akan bersorak gembira jika mampu meruntuhkan masjid yang sedang dibina..
syg kamu seluruh hati..
No comments:
Post a Comment