Tuesday, 19 June 2018

Segelas kaca yg berderai

Bkn mudah bila hati dah retak..
Cukup dengan satu picisan saja sudah boleh meruntuhkan segalanya..
Namun segalanya tersirat dek kerana kepandaian manusia dalam menepis penipuan itu..
Hakikatnya kita tahu apa yg berlaku..
Kita tahu kita diperbodohkan...
Kita tau kita diperlekehkan..
Kita tahu kita di burukkan...
Dan kita tahu kita tidak diinginkan..
Dia tidak pernah sedar siapakah aku yg selama ini sering berada disisinya..
Dia nampak keburukan kita...
Dia nampak kedegilan kita...
Dia nampak kebencian kpd kita...
Dia nampak ketidaksempurnaan pd kita...
Tp dia tak nampak betapa dalam dan ikhlasnya hati kita dlm mencintai dia..
Dia tutup pintu hati nya dengan dendam yg dia sendiri ciptkan..
Dia tutup matahatinya dgn melihat wanita lain yg dirasanya lebih sempurna...
Dia cipta kebencian dlm dirinya sdgkn kita tidak berbuat apa-apa...
Dia jadikan kesilapan kita sebagai satu pencetus yg besar...
Ego yg terlalu tinggi hinggakan dia tidak pernah mengakui kesilapan yang terang2 dilakukannya..
Hati manusia tidak akan pernah kekal...
Pasti akan berubah kelak dia ketemu dengan wanita yg lebih dirasakan sempurna olehnya jika dibandingkan yg terdahulu..
Ingatlah...
Satu masa, yg kau tomah inilah yg stiasa berikan kau kebahagiaan yg selama ini tak pernah kau sedar.. bila kau mula mengikat yg baru..masa tu.. jika ada peluang lagi..insyallah kasih pasti bertaut..tp andainya tiada... maafkan aku yg terbuang..

Thursday, 23 March 2017

link resepi yg best

aha kat sini sy ada list untuk sesiapa yg tak tau nak masak apa petang2 ke malam 2 ke kan..
jadi boleh la ramai2 tengok link ni dan buka page diorng untuk dapatkan idea memasak.. babayyy..

http://www.resepimudah.com/masakan-resepi/minum-petang/
https://www.facebook.com/masakanwesternfood/
https://www.facebook.com/ahmad.ariff.10/posts/1861667127184124
https://www.facebook.com/ahmad.ariff.10/posts/1861295673887936

Wednesday, 22 March 2017

sambal penyet

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili merah!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan

Resepi ayam masak tomyam

Resepi ayam masak tomyam. Makan sekali mesti nak lagi.



Bahan-bahan :

1. Ayam (setengah ekor) dipotong2
2. Serbuk kunyit
3. Garam
4. Gula
4. Kicap manis
5. Sos tiram
6. Sos tomato (tiada dalam gambar)
7. Perencah tomyam
8. Serai 1 batang - dititik
9. Daun limau purut 4 helai
10. Bawang merah 3 ulas (ditumbuk)
11. Bawang putih 1 ulas (ditumbuk)

Cara-cara :

1. Ayam diletakkan garam + kunyit, then goreng hingga masak, angkat
2. Menggunakan kuali dan minyak yg sama, tumiskan bawang merah + bwg putih yg dah ditumbuk tadi
3. Apabila kekuningan, masukkan serai yg telah dititik serta daun limau purut
4. kacau seketika then masukkan perencah tomyam
5. Masukkan pulak sos tiram. sos tomato, dan kicap dan kacau2 lagi,
6. Masukkan sedikit garam dan gula (sikit saja ye) sbb ayam pun dah masin
7. Apabila semuanya telah sebati masukkan ayam dan gaulkan
8. Hidangkan

Monday, 20 March 2017

Ayam Masak Merah Simple dan Sedap



Ayam Masak Merah Simple dan Sedap



Bahan-bahan:
Ayam setengah ekor (gaul dengan garam kunyit dan digoreng separuh masak)

Sebiji Bawang Besar *
4 Ulas Bawang Putih *
Halia Sebesar Ibu Jari *
Cili Kering (Ikut tahap kepedasan yang korang suka) rendam dulu dalam air panas *

* Kisar

Sebatang serai - diketuk
Sebiji Tomato - potong 4
Sebiji Bawang Besar
Minyak Masak secukupnya (boleh guna balik minyak goreng ayam)
Sos Cili - agak2 je (jangan banyak sangat, nnt manis)
Garam secukup rasa
Daun Bawang (takde pun takpe)

Cara-caranya:
- Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
- Masukkan Sos Cili
- Lepas tu, baru masukkan garam, Ayam yang dah digoreng , sos cili, serai dan tomato. gaulkan.
- Dah mendidih, masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
- Gaul dan biar layu sikit bawang tu.
- Tutup api.
- Hias la dengan Daun Bawang.
- Dah siap.

Betul tak aku kata.. simple jer kan? aku ni jenis suka buat ayam masak merah tanpa letak 4 sekawan tu..

resepi ayam masak kunyit

hye jom masak hari ni.. hakak ni tak de lah pandai sgt masaknye pon kan.. tp utk tekak keluarga tersayang ni boleh jela nak masak.. janji perut suami hakak ni berisi.. takkan nak biar kosongkan.. sian dia.penat cari duit utk kami..  ok jgn celoteh banyk..straight to the point je :



BAHAN - BAHAN:

* ayam (bedal berapa banyak korang nak)
*bawang besar (hiris bulat - hakak lagi suka guna bawang besa dari bawang kecil.. boleh menangis wo kopek bawang)
*bawang putih 4 biji - hiris or tumbuk ikut suka korang mana yg rajin
*halia
*cili padi 5 biji -  ikut pedas yg korang  nak lah.
*kunyit
*garam
*perasa
*minyak untuk menggoreng.

CARA - CARA :

1. panaskan minyak.gaul ayam dengan kunyit dan goreng ayam separuh masak
2. masukkan bawang putih/bawangbesar/cili padi/halia - tumis sampai naik bau
3. dah naik bau, masukkan garam/perisa cukup rasa dan tambahkan air.
4. dah agak nampak minyak naik sikit. masukkan ayam yg da siap di goreng tadi..
5. dah siappppp.. boleh hidangkan la ye...

new life becoming now XX

hye blogger semua.. ermm..
lama x update benda alah ni.. ni tiba2 terfikir nak buat blog baru.. but bila hakak buka je blog.. otometik blog lama muncul.. nampak nau dia xbgi hakak create blog baru. haha..

ok.. dulu blog ni di update dengan cerita n kisah dukaaaa je manjang kan.. but now .. not yet.. everything already to change babe.. sad stories is gone n now happy ending stories only..

hakak dah kawen.. dan ada sorang putera hati beta yg amat lah comel.. suami hakak?? jeng jeng jeng... cer teka siapa... :) off cozz yg orang yg masih sama... boyfrien tersayang, tunang tersayang n now already be my husband tersayang.. its wonderful life right.. cantik perjalanan yg allah berikan dalam hidup hakak.. dia bagi hati hakak sekental batu dan akhirnya dia bagi pelangi yang cantik sgt pada hakak...

perkhawinan hakak dah nak masuk 2 tahun.. alhamdulillah syukur.. moga allah lindungi perkahwinan kami dan keluarga kecil kami ni.. moga allah kuatkan hati kami utk meneruskan perjalanan yg masih meluas di hadapan kami.. aminnn....

pic terbaru? opsss... sorry hp hakak baru je kene sembelih.. anak punya smackdown hp tu dan sekarang dia tgh tenat dan tak pasti sama ada dapat dibedah atau tidak.. tgok pada bajet pembedahan tulah.. kalau agak mahal pembayaran tu rasa nya hakak boleh suruh doc tamatkan riwayat dia jela.. tp syg.. gmbr dlm tu toooooo much banyak.. emmm.. ok la anak da nangis da.. nti update.. babai...